Thursday, May 24, 2012

Moving Mountains, Segah Namanya


Pernah mendengar vocal screamo yang disertakan dengan gorengan gitar yang boleh mencairkan tahi telinga anda? Pernah menyahkod lirik-lirik yang seperti pisau menikam jiwa anda? Bayangkan, kedua-dua ciri tersebut diabadikan dalam bunyi-bunyian. Hatta, Moving Mountains lah jawapannya.

Tak percaya? Pejamkan mata, sandarkan kepala dan tulang belakang anda, dongak ke langit, dan bayangkan sebuah gunung berada di depan anda. Klik play lagu di bawah, nescaya gunung tersebut akan perlahan-lahan menjauhi anda.


Sunday, May 20, 2012

Blonde Redhead

Sedang melayan trailer cerita Me and You and Everyone We Know, terdengar lagu yang sangat best. Selepas dicari-cari, baru terjumpa nama lagu serta nama kumpulan yang menyanyikan lagu tersebut. Terimalah, Blonde Redhead dengan lagunya bertajuk Messenger. 



Monday, February 13, 2012

Selamat Menyambut Hari Kekasih

Mufri cakap HARAM sambut Hari Kekasih. Serbanitas mengambil kata-kata mufti itu dan berblog serta post di facebook tentang keHARAMan menyambut Hari Kekasih. Dan ada kawan aku baca blog dan facebook sebanitas tersebut lalu beritahu aku HARAM sambut Hari Kekasih. Dan akhirnya aku seperti biasa tidak ambil peduli dengan HARAM-HARAM ni. Benda yang berkait dengna kasih sayang pun nak diharamkan, memang patut sangatlah dipanggil pengganas je.

Sempena Hari Kekasih ni, aku wakil Eargasma mengucapkan 'Selamat Menyambut Hari Kekasih'. Dan lagu di bawah ni Eargasma tujukan kepada semua.



Selamat Tinggal Whitney Houston

Pagi Ahad semalam dunia dikejutkan dengan kematian Whitney Houston. Untuk seseorang yang membesar dengan lagu-lagu arwah seperti aku, berita kewafatannya turut memberi sedikit sebanyak impak kepada kehidupan aku semalam. Impaknya ialah melayan lagu-lagu arwah dari petang sampai ke malam.

Rest In Peace


Friday, January 27, 2012

James Morrison






James Morrison mula dikenali melalui debut singlenya bertajuk "You Give Me Something" yang keluar pada tahun 2006. Singlenya yang menjadi hit di sekitar Eropah, Oceania, dan Jepun telah menaikkan lagi namanya dalam industri musik di UK. Walaupun namanya tidaklah segah berbanding Jason Mraz dan James Blunt, tapi dia adalah penerima anugerah BRIT Award.

Pada tahun 2006 juga menyaksikan penampilan album pertama James Morrison yang diberi nama "Undiscovered". Album pertama James Morrison ni berjaya memasuki UK Albums Chart.

Selepas dua tahun dari kemunculan album pertamanya, James Morrison tampil sekali lagi dengan album keduanya yang berjudul "Songs For You, Truths For Me". Album kedua ni menjadi pilihan peminat dengan kejayaannya menjadi top 5 di UK dan Irish Albums Chart.


James Morrison - I Won't Let You Go

Lagu "I Won't Let You Go" dari album ketiga "The Awakening" merupakan lagu paling aku layan. Disurahkan bahawa lagu ni ditujukan kepada aweknya yang bernama Gill yang juga merupakan ibu kepada anak perempuannya.

Thursday, January 26, 2012

Young Kicks

Young Folks - Peter, Bjorn & John

Di atas ini adalah video single pertama dari album ketiga Peter, Bjorn & John. Lagu dari album yang diberi nama Writer's Block ini turut menampilkan seorang gadis comel dan pemalu iaitu  Victoria Bergsman dari kumpulan indie pop Sweden The Concretes.  Lagu ni mula-mula didendangkan kepada pendengar muzik lebih kurang tahun 2006.



Pumped Up Kicks - Foster The People

Yang ini pula, adalah lagu yang dapat macam-macam pengiktirafan dan tak kurang juga kritikan dari pelbagai pihak. Lagu yang dihasilkan oleh kumpulan Indie Pop Amerika iaitu Foster The People telah membuatkan mereka tiba-tiba dikenali macam Adam Adli. Lagu ni dihasilkan pada tahun 2010.

Dua-dua lagu ni macam sama. Dan sama-sama best. Lirik berbeza, kisah berbeza. Tapi aku lagi suka Young Folks oleh kerana melodinya yang lebih lancar


Tuesday, January 17, 2012

BRIT Awards 2012, Antara Mereka Yang Tercalon

BRIT awards merupakan akronim kepada British Record Industry Trust yang diadakan pada setiap tahun di UK. Dengan mempunyai sejarah lebih daripada 30 tahun, acara ini mula diadakan pada tahun 1977. Setakat ini, Robbie Williams memegang rekod penerima terbanyak anugerah ini, dengan memiliki 12 trofi sebagai artis solo dan 5 yang lain bersama kumpulan Take That.

Berikut adalah antara pencalonan yang menjadi highlight untuk tahun ini;

Artis baru naik, Ed Sheeran menjadi highlight apabila dicalonkan dalam 4 kategori, iaitu  British male solo, British breakthrough act, British single, dan British album of the year. Beliau popular dengan single The A Team yang mencecah lebih daripada 22 juta views di Youtube.


Walaupun ramai pengikut setia Coldplay yang kecewa dengan konsep album terbaru mereka, namun itu tidak mengahalang band yang pernah popular dengan lagu The Scientist ini untuk tercalon dalam kategori Mastercard British Album of The Year.
Kumpulan Blur, yang popular dengan single Song 2 pada suatu ketika dahulu bakal menerima anugerah  Outstanding Contribution to Music, anugerah sama yang diberi kepada seteru mereka, iaitu Oasis pada tahun lalu.

Juga dicalonkan ialah Beyonce, yang berentap dengan Bjork, Feist, Lady Gaga, dan  Rihanna dalam kategori Best International Female Solo Artist
Turut menjadi tumpuan ialah Adele, yang berjaya mengungguli carta  penjualan album terbanyak pada tahun lalu, dicalonkan dalam tiga kategori, iaitu best female solo artist, British single dan Mastercard British album of year.
Artis veteran, PJ Harvey yang mempunyai sejarah lebih daripada 20 tahun dalam industri muzik British turut tercalon dalam kategori Mastercard British Album Of The Year bersama dengan Coldplay, Adele, Ed Sheeran, dan Florence & The Machine.
Artis kegilaan remaja baru akil baligh, Bruno Mars turut tercalon dalam kategori  Best International Male Solo Artist. Beliau bakal bersaing bersama-sama Ryan Adams, Bon Iver, Aloe Blacc dan David Guetta dalam kategori yang sama.
Antara muka baru yang menjadi penyeri anugerah muzik berprestij pada tahun ini ialah Bon Iver, yang turut tercalon dalam beberapa kategori anugerah Grammy pada bulan hadapan.

Monday, January 16, 2012

Trent Reznor Kembali Menggubah Material Terbaru


Sejak Nine Inch Nails mengumumkan hiatus pada 2009, Trent Reznor telah melibatkan diri dalam proses pembikinan beberapa album soundtrack termasuklah untuk The Social Network, The Girl With the Dragon Tattoo dan sebagainya. Beliau turut aktif dalam band How To Destroy Angels bersama dengan isterinya Mariqueen Mandig dan Atticus Ross.

Frontman yang popular dengan lagu Hurt itu baru-baru ini memberitahu Billboard dalam satu interview bahawa dia akan mula menulis material terbaru untuk Nine Inch Nails pada tahun ini bagi mengelakkan daya kreatifnya membeku begitu sahaja. Berikut merupakan petikan temubualnya bersama Billboard;

"I'm going to be writing for Nine Inch Nails this year... [I don't] have any particular goal in mind other than... my voice as a songwriter feels like it needs to speak up or at least work out a little bit to not atrophy. I think I have something to say that feels unique to who I am right now, and that's when it tells me it's time to do something... I enjoy the challenge of moving that kind of brand forward, that identity, shaping it to who I am now instead of who I was a few years ago when I last left off... It's all kind of hypothetical right now. When I sit down with a notebook and a little mini-recorder is when my bluff will be called, and then it might not happen at all."

Tambahnya lagi, album penuh How To Destroy Angels pasti akan dirilis pada tahun ini. Berikut merupakan klip video The Space In Between yang dirilis pada pertengahan tahun lalu.