Tuesday, January 17, 2012

BRIT Awards 2012, Antara Mereka Yang Tercalon

BRIT awards merupakan akronim kepada British Record Industry Trust yang diadakan pada setiap tahun di UK. Dengan mempunyai sejarah lebih daripada 30 tahun, acara ini mula diadakan pada tahun 1977. Setakat ini, Robbie Williams memegang rekod penerima terbanyak anugerah ini, dengan memiliki 12 trofi sebagai artis solo dan 5 yang lain bersama kumpulan Take That.

Berikut adalah antara pencalonan yang menjadi highlight untuk tahun ini;

Artis baru naik, Ed Sheeran menjadi highlight apabila dicalonkan dalam 4 kategori, iaitu  British male solo, British breakthrough act, British single, dan British album of the year. Beliau popular dengan single The A Team yang mencecah lebih daripada 22 juta views di Youtube.


Walaupun ramai pengikut setia Coldplay yang kecewa dengan konsep album terbaru mereka, namun itu tidak mengahalang band yang pernah popular dengan lagu The Scientist ini untuk tercalon dalam kategori Mastercard British Album of The Year.
Kumpulan Blur, yang popular dengan single Song 2 pada suatu ketika dahulu bakal menerima anugerah  Outstanding Contribution to Music, anugerah sama yang diberi kepada seteru mereka, iaitu Oasis pada tahun lalu.

Juga dicalonkan ialah Beyonce, yang berentap dengan Bjork, Feist, Lady Gaga, dan  Rihanna dalam kategori Best International Female Solo Artist
Turut menjadi tumpuan ialah Adele, yang berjaya mengungguli carta  penjualan album terbanyak pada tahun lalu, dicalonkan dalam tiga kategori, iaitu best female solo artist, British single dan Mastercard British album of year.
Artis veteran, PJ Harvey yang mempunyai sejarah lebih daripada 20 tahun dalam industri muzik British turut tercalon dalam kategori Mastercard British Album Of The Year bersama dengan Coldplay, Adele, Ed Sheeran, dan Florence & The Machine.
Artis kegilaan remaja baru akil baligh, Bruno Mars turut tercalon dalam kategori  Best International Male Solo Artist. Beliau bakal bersaing bersama-sama Ryan Adams, Bon Iver, Aloe Blacc dan David Guetta dalam kategori yang sama.
Antara muka baru yang menjadi penyeri anugerah muzik berprestij pada tahun ini ialah Bon Iver, yang turut tercalon dalam beberapa kategori anugerah Grammy pada bulan hadapan.

No comments:

Post a Comment